Saturday, September 25, 2010

Logo Kemerdekaan






Kemerdekaan Malaysia ke-50




Kemerdekaan Malaysia ke-51




Kemerdekaan Malaysia ke-52 dan ke-53







Puisi Kemerdekaan

PADA TANAH MERDEKA INI

Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.
Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci

Nukilan:
Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

Titian Kemerdekan Menuju Wawasan 2020

Setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.


Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.



Menara Berkembar Petronas kebanggan rakyat Malaysia

Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).


KLIA Express antara teknologi tertinggi di Malaysia


Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.


Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 53 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru.




Bendera kebanggan rakyat Malaysia


Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.

Lagu 1 Malaysia




LAGU 1MALAYSIA


Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan

Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua


Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha



Siti Nurhaliza - Hati (OST 1957 Hati Malaya)

 kredit: ical84@youtube

LIRIK LAGU INI PERLU KITA HAYATI..
FILEM HATI MALAYA ADALAH SATU FILEM YANG WAJAR KITA HAYATI...
KERANA IA MENCERITAKAN PENGORBANAN YANG DATUK DAN NENEK MOYANG KITA LAKUKAN DEMI APA YANG KITA ADA HARI INI...



Friday, September 24, 2010

Lawatan Legasi



Pada 31 Ogos 2010, pihak Kolej Matrikulasi Selangor telah menganjurkan lawatan legasi di sekitar Kuala Langat. Lawatan ini disertai oleh seramai 200 orang pelajar Kolej Matrikulasi Selangor dan beberapa orang guru. Di antara tempat bersejarah yang dilawati oleh pelajar ialah Bukit Jugra, Muzium Kuala Langat, Makam Almarhum Sultan Abdul Samad dan lain-lain. Rombongan yang bertolak pada pukul 8 pagi ini bertolak pulang ke kolej pada pukul 6 petang.






Makam Almarhum Sultan Abdul Samad


Pelajar sedang menghayati tempat lawatan


Paragliding


Bukit Jugra




Sunday, September 5, 2010

Pertandingan Hiasan Blok Asrama

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, pihak kolej telah menganjurkan pertandingan hiasan blok asrama yang wajib disertai oleh setiap blok kediaman di Kolej Matrikulasi Selangor. Sepanjang bulan kemerdekaan, terlihat blok-blok kediaman Mira, Polaris, Vega, Capella dan Canapous dihiasi dengan bendera kebanggaan negara Malaysia iaitu Jalur Gemilang dan bendera Negeri Selangor.


Blok Kediaman Canapous

Suasana Pagi Hari di Blok Kediaman Perempuan


Blok Kediaman Mira


Blok Kediaman Polaris







Bicara Tokoh

Pihak kolej dengan berbesar hati telah menjemput Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zaini bin Hj Mohd Said pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos 2010, jam 10 malam untuk menceritakan pengalaman beliau mengatasi masalah negara pada 2 Julai 2010.


Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zaini bin Hj Mohd Said

Kejadian 2 Julai 2010 menjadi sejarah dalam hidup dan kerjaya beliau sebagai pesara Angkatan Tentera Malaysia. Menurut beliau, jam 4.15 petang di Gerik, Perak, berlakunya kecurian sebanyak 146 senjata api oleh sekumpulan yang digelar Al Ma'unah.

Apa yang menariknya tentang kumpulan in (Al Ma'unah) ialah sekumpulan muslimin yang menyertainya yang diketuai oleh Syeikh Mohamed Amin bin Mohamed Razali. kumpulan ini disertai seramai 29 orang dengan misi menjatuhkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini, termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera disitu dan melarikan senjata-senjata dikem tersebut.


Antara slot tentang Al Ma'unah

Menurut beliau lagi, mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu disebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut. Pada 2 Julai 2000 awal pagi, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mohd Shah bin Ahmad menceritakan semasa percubaan selama lebih 4 hari, anggota pasukan keselamatan tersebut telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu, Mohd Shah dan Sanghadevan mengkebumikan Truper Matthews didalam salah satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari menembak Truper Matthews.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.

Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini bin Mohamad Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau. Mohamed Amin akhirnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada hari Jumaat 4 Ogos 2006, selepas subuh.


Gambar Peristiwa Kecurian Senjata oleh Al Ma'unah

Melalui penceritaan beliau, kami sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Selangor mendapat pelbagai pengajaran. Di antaranya, sepasukan tidak boleh sesekali leka dan lalai. Sebagai sebuah pasukan kita hendaklah sentiasa bekerjasama dan sentiasa bantu membantu antara satu sama lain. Kita juga hendaklah sentiasa bertolak ansur dan berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan.

Saturday, September 4, 2010

Aktiviti di Peringkat Kolej Matrikulasi Selangor



KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR



Pertandingan Pembinaan Blog Kemerdekaan

Tarikh : 20 Ogos - 17 September 2010
Penyertaan : Semua Praktikum


Pertandingan Pentomin Kemerdekaan
Tarikh : Sepanjang bulan Kemerdekaan
Penyertaan : Pelajar KMS


Pertandingan Hiasan Blok Asrama

Tarikh : Sepanjang Bulan Kemerdekaan
Penyertaan : Semua Blok Asrama
(Mira, Polaris, Vega, Canpous, Capella)


Bicara Tokoh

Tarikh : 30 Ogos 2010
Tempat : Surau As Sufi
Tetamu : Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zaid bin Hj Mohd Said


Sambutan Kemerdekaan

Tarikh : 31 Ogos 2010
Tempat : Surau As Sufi
Penyertaan : Semua Pelajar


Lawatan Legasi

Tarikh : 31 Ogos 2010
Tempat : Tempat bersejarah sekitar Kuala Langat
Penyertaan : 200 pelajar



Logo 1 Malaysia



Melambangkan Visi Negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.


Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bersepakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. 

Aktiviti di Peringkat Kebangsaan



• Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang

Tarikh: 1 Ogos 2010

Tempat: Stadium Utama, Kangar, Perlis

Masa: 8.00 malam -10.30 malam



• Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"

Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010

Tempat: Muzium Negara

Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang

Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia



• Pameran Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan (Ruang dalam muzium)

• Pameran RTM Mengisi Kemerdekaan (Ruang legar muzium)

• Tayangan Filem/Dokumentari/Drama

• Kuiz Merdeka 53

• Tayangan khas/esklusif

Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 30 September 2010



• Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan

• Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan

• Peraduan Mencipta Slogan atau Nama Baru Muzium Penyiaran

Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 23 September 2010



• Cadangan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records dengan menyiarkan lagu-lagu patriotik selama 24 jam tanpa henti di dalam web online RTM

Tarikh: 30 - 31 Ogos 2010



• Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia

Tarikh: 30 Ogos 2010

Masa: 6.15 petang – 10.00 malam

Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan

Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara



•Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Merdeka bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran KPKK

Tarikh: 31 Ogos 2010

Masa: 6.00 petang

Tempat: Masjid Putra, Putrajaya



• Acara Perbarisan dan Perarakan

Tarikh: 31 Ogos 2010

Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi

Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur





Saturday, August 28, 2010

Perdana Menteri Malaysia


6 Perdana Menteri Malaysia






Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
( 1957 - 1970 )


Y.A.B Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein
( 1970 - 1976 )






Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn
( 1976 - 1981 )




Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
( 1981 - 2003 )


Y.A.B Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi
( 2003 - April 2009 )


Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
( 2009 - Kini )

Sejarah Ringkas Kemerdekaan

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.

Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan. Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.


Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.


Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.


Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.


Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.


Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.


Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.