Sunday, September 5, 2010

Bicara Tokoh

Pihak kolej dengan berbesar hati telah menjemput Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zaini bin Hj Mohd Said pada malam ambang kemerdekaan 30 Ogos 2010, jam 10 malam untuk menceritakan pengalaman beliau mengatasi masalah negara pada 2 Julai 2010.


Leftenan Jeneral Bersara Dato' Seri Panglima Zaini bin Hj Mohd Said

Kejadian 2 Julai 2010 menjadi sejarah dalam hidup dan kerjaya beliau sebagai pesara Angkatan Tentera Malaysia. Menurut beliau, jam 4.15 petang di Gerik, Perak, berlakunya kecurian sebanyak 146 senjata api oleh sekumpulan yang digelar Al Ma'unah.

Apa yang menariknya tentang kumpulan in (Al Ma'unah) ialah sekumpulan muslimin yang menyertainya yang diketuai oleh Syeikh Mohamed Amin bin Mohamed Razali. kumpulan ini disertai seramai 29 orang dengan misi menjatuhkan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini, termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak. Mereka berjaya memperdayakan anggota tentera disitu dan melarikan senjata-senjata dikem tersebut.


Antara slot tentang Al Ma'unah

Menurut beliau lagi, mereka sebelum ini memperolehi maklumat kelemahan sistem keselamatan kem tentera melalui pelbagai jalan keluar dan melindungi tiga unit kenderaan pacuan empat roda Pajero. Kenderaan Pajero yang dikatakan sama digunakan oleh tentera diwarnakan dengan warna hijau dan menggunakan nombor pendaftaran palsu disebuah garaj rumah di Kati, untuk digunakan khas sebagai kenderaan masuk kumpulan tersebut. Pada 2 Julai 2000 awal pagi, 20 ahli kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Mohd Shah bin Ahmad menceritakan semasa percubaan selama lebih 4 hari, anggota pasukan keselamatan tersebut telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang. Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Pada masa itu, Mohd Shah dan Sanghadevan mengkebumikan Truper Matthews didalam salah satu parit kubu tersebut. Truper Matthews ditangkap oleh Jemari bin Jusoh dan apabila Amin mengetahui identiti Truper Matthews, Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari menembak Truper Matthews.

Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.

Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan pemimpin yang dikatakan orang yang mendalangi percubaan untuk "melancarkan pemberontakan menggulingkan Raja". Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan mereka kembali kepada masyarakat.

Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu, beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini bin Mohamad Said, komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Zaini bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Zaini kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau. Mohamed Amin akhirnya dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada hari Jumaat 4 Ogos 2006, selepas subuh.


Gambar Peristiwa Kecurian Senjata oleh Al Ma'unah

Melalui penceritaan beliau, kami sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Selangor mendapat pelbagai pengajaran. Di antaranya, sepasukan tidak boleh sesekali leka dan lalai. Sebagai sebuah pasukan kita hendaklah sentiasa bekerjasama dan sentiasa bantu membantu antara satu sama lain. Kita juga hendaklah sentiasa bertolak ansur dan berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan.

No comments:

Post a Comment